Sejarah Penubuhan
Tarikh 5 Julai 2000 merintis lembaran pertama penubuhan kolej komuniti apabila Jemaah Menteri telah Mempertimbangkan memorandum yang telah di kemukakan oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu mengenai konsep penubuhan dan perlaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan parlimen.Sehingga januari 2008,sebanyak 37 kolej komuniti telah beroperasi di seluruh negara.
Kolej komuniti ditubuhkandengan matlamat menjadikan kolej komuniti sebagai sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan keperluan kepada semua peringkat dan memberikan peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kolej komuniti Bandar Penawar (KKBP) telah dibuka secara rasminya pada 01 Mac 2003 dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi sementara menuggu kampus tetap siap dibina.Kini Kolej Komuniti Bandar Penawar telah beroperasi sepenuhnya di kampus yang terletak di jalan Ungku Abdul Aziz,Bandar Penawar,Johor.
Dari segi kedudukan geografi,kampus KKBP ini terletak di Bandar Penawar,sebuah bandar baru yang terletak di bahagian tenggara Kota Tinggi,dalam wilayah kecil Pengerang.
KKBP menawarkan 4 program sepenuh masa iaitu Sijil Penyenggaraan Bangunan,Sijil Teknologi Pembinaan,Sijil Perakaunan dan Perniagaan, dan juga Sijil Teknologi Maklumat.Tempoh pengajian ialah empat semester atau dua tahun.Manakala kursus pendek pula ditawarkan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan taraf hidup dan kemahiran melalui kursus latih semula,seminar ataupun bengkel.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 10 November 2011 02:19)


Sejarah Penubuhan














